Tuesday, February 3, 2015

Tiada Jalan Untuk Penyelesaian Buli?


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
Blog ini diwujudkan untuk mengajak pencinta anti buli untuk sama-sama berfikir bagaimana menangani permasalahan ini. Saya merasakan penat dan lelah menantikan satu kaedah yang dipersetujui ramai dalam menangani masalah ini.  Banyak pihak telah melakukan penyelidikan demi penyelidikan tetapi tiada satupun yang telah diterimapakai untuk semua kaunselor menggunakannya di sekolah dalam menangani masalah ini.  Adakah Buli ini terlalu kebal untuk di kalahkan? Apakah pakar-pakar psikologi atau para kaunselor tidak ada satu cara yang boleh ditonjolkan untuk penyelesaian once and for all untuk isu ini? Prodigy telah mengenengahkan berbagai cara dan pendekatan serta modul-modul yang unik untuk membantu menyelesaikan berbagai permasalahan termasuklah buli. Sebelum berbicara dengan lebih jauh, di sini saya muat naikkan komen-komen dari pelajar saya yang telah melalui cara saya (Prodigy) semasa mereka di zaman persekolahan dulu. Komen-komen itu saya dapat secara tidak terancang di mana pada asalnya saya memberi respon kepada video di bawah yang menjadi viral hingga mengejutkan semua pihak.  Maka banyaklah pakar-pakar yang memberi berbagai cadangan bagi menyelesaikan permasalah ini daripada berulang di sekolah. Saya kurang setuju dengan cadangan yang dikemukakan kerana saya ada satu cara dan strategi yang konsisten sejak tahun 1991 lagi sehinggalah ke hari ini.  Saya amat berminat dan ingin menyambut mana-mana cabaranpun untuk menyelesaikan permasalahan ini.  Saya pernah menawarkan diri saya pada mantan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dr. Fuad Zarkashi untuk menempatkan saya di sekolah yang paling bermasalah selama 2-3 tahun agar saya dapat membudayakan sekolah itu semula kepada budaya yang boleh dibanggakan. Apapun silalah baca respon buli yang telah saya kumpulkan daripada coretan saya di facebook saya tempoh hari.


video

Video di atas adalah antara video yang menjadi viral dan telah mengejutkan 
semua peringkat masyarakat dan di sinilah mulanya saya memberi reaksi hinggakan mendapat respon yang berpanjangan daripada bekas pelajar saya di tiga buah sekolah Teknik dan Vokasional.  Sekolah jenis ini memang terkenal dengan budaya yang seumpamanya ini.

RESPON BULI DAN KESAN PROGRAM YANG DIJALANKAN 23 TAHUN YANG LALU